Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 09, 2011

Bila masuk tahun baru..

Assalamualaikum..

Pelik juga bila terfikir setiap kali buka blog nih.. mesti dah masuk tahun baru. Dah 2011 dah rupa nya.. hahahhaha. Jangan marah aa kalau ade yg menunggu post dalam blog ni sampai menyampah.

Sedar tak sedar dah masuk tahun ke tiga berada di rantau orang ni. Dan saban tahun, rasa homesick adalah lebih dari tahun sebelumnya. Bukan makin terbiasa. Walaupun memang sudah jalan hidup saya dari zaman sekolah lagi jauh dari keluarga.. rasanya macam makin tak mampu. Bimbang umur yang tak tau bila akan akhirnya, sempatkah berbakti sehabis baik untuk kedua ayahbonda tercinta. Dan juga tak tau apa pulak rasanya berjauhan bila sudah bergelar isteri nanti. Mampukah saya menghadapinya? Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan pada hati.

Cabaran baru pun bermula. Menghadapi muka-muka baru lagi. Perlu memikirkan bermacam cara menghadapi karenah anak-anak yang berlainan. Pengalaman 2 tahun sebelum ini nampaknya banyak membantu. Syukurlah pe'el anak-anak tahun ni tak terlalu menyeksa jiwa. Tapi masih memerlukan kudrat yang banyak untuk menghabiskan minggu pertama. Membentuk anak-anak dengan suasana baru di sekolah, mendisiplinkan mereka dengan rutin harian sekolah bukan satu tugas mudah. Intonasi suara perlu sentiasa dikawal agar-agar anak-anak tidak merasa berasa tertekan (cikgunya yang perlu menahan tekanan). Supaya anak-anak rasa selesa berdamping dengan orang yang baru dalam hidupnya. Sekurang-kurangnya dapatkan kepercayaan mereka terhadap cikgu pada peringkat awal ni. Kalau masih ada yang nampaknya keras kepala, intonasi suara cikgunya ini akan naik sedikit demi sedikit (heheheheheh..)

Cukuplah cerita sekolah. Tahun ini banyak perubahan berlaku. Bermula dengan berkurangnya rakan serumah yang berpindah. Seorang dapat bertukar ke semananjung dan yang seorang lagi berpindah untuk tinggal dengan suami (pengantin baru). Dan dua orang rakan serumah baru pula masuk. Memang pada awalnya agak sedih bila mengenangkan kembali kesini tanpa mereka kawan-kawan lama, asyik berfikir bagaimanalah pula orang baru tu nanti. Bolehkah kami serasi?.. nampaknya setakat ni semuanya baik-baik saja... Alhamdulillah.

Hmmm... harapnya hari-hari mendatang dalam tahun ini akan lebih memberikan semangat. Berita baik untuk semua.. InsyaAllah saya akan menamatkan title 'cik' tak lama lagi dalam tahun ini. Tungguuu.. doakanlah semuanya berjalan lancar ye...

wa ilalliqa'
sokies

No comments: