Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 30, 2011

Hujan dan Bah..

Sudah beberapa malam kami tidur ditemani bunyi hujan, kadangkala kuat dan kadangkala perlahan. Selimut lebih erat melekat di badan, Menambah liat bangun dikala azan subuh berkumandang..

Ya Allah, semoga kau kuatkan iman kami, tabahkan lah hati mereka yang menanggung derita akibat ujian Mu ini Ya Allah.. dan semoga air yang menghujani kami membersihkan segala noda dan menyedarkan manusia tentang kekuasaan MU. Amiinnn..

 Banjir di Bandar Sandakan



Laut bertukar warna sudah





sokies

Thursday, January 27, 2011

Nota Cinta Buatmu Bakal Suamiku

Dipetik dari Iluvislam.com~~

“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Kerja, kerja, dan kerja. Aku bosan dengan semua ini.”, getus hati kecil Izhar yang merasakan hidupnya sekarang sunyi dan sepi.

Izhar merupakan seorang peguam di mahkamah syariah dan bertugas sebagai seorang pendakwa raya.

”Hari-hari berhadapan dengan kes-kes penceraian, khalwat…”, bagaikan tertekan dengan kesibukan kerjayanya sehingga diri sendiri seakan tidak terurus.

“Hidup bersahabat memang berbeza dengan hidup berteman...”, tiba-tiba sahaja tersentuh hati Izhar untuk mencari pasangan setelah sekian lama dia hidup bersendirian.

Dengan ini, bermulalah kisah Si Ustaz dalam mencari pasangan hidupnya. Dengan langkahnya pertama, usaha Izhar telah bertemu dengan seorang gadis. Namanya Alfatunnisa’. Cantikkan namanya, begitulah juga parasnya, secantik namanya. Gadis ini adalah rakan sekampus kawan Izhar semasa menuntut di Jepun dahulu.

Alfatunnisa' adalah anak orang ternama, anak Tan Sri Ahmad. Gugup juga Izhar apabila hendak berhadapan dengan Tan Sri. Tetapi itu dulu, sebelum Izhar kenal dengan Tan Sri. Sekarang hubungan mereka nampaknya sudah rapat seperti saudara sendiri. Mungkin itulah yang dikatakan jodoh. Sebenarnya perkenalan dengan gadis ni bukanlah lama, sekejap saja. Mereka memang merancang untuk mendirikan rumahtangga bersama namun semakin lama dikenali, gadis itu seakan sudah banyak berubah.

”Mungkin ini bukan jodohku, aku tak tahu erti cinta...adakah aku tertarik padanya ataupun pada hartanya...Nauzubillah, ya Allah..selamatkan diriku daripada godaan syaitan...”, hati Izhar berbisik dan berdoa sendirian.

Pada langkah pertama, Izhar gagal menemui cinta hatinya. Pencarian Izhar tidak berakhir hanya di situ. Akhirnya semasa menguruskan kes anak guamannya, Izhar tertarik pula dengan anak kepada anak guamannya. Surina namanya, berasal daripada keluarga yang sederhana, Orangnya bijak bekata-kata. Akhirnya Izhar terpancing jua. Sesungguhnya Allah mengetahui segala-galanya.

Pada suatu hari, Izhar terserempak dengan Surina di salah satu pasar raya berdekatan bersama seorang jejaka, mesra sekali lagak mereka. Setelah disiasat, sungguh tidak disangka-sangka bahawa Surina yang sangat petah dan bijak berkata-kata selama ni sanggup berdusta dan mengambil kesempatan. Surina sebenarnya bekerja di kelab malam.

”Astaghfirullahal azim..alhamdulilah, daku bersyukur padamu ya Rabbi, Engkau menyelamatkanku daripada segala bencana, sekiranya aku berkahwin dengan keturunan seperti ini, amatlah pedih untuk aku melalui sisa-sisa hidup ini…”, syukur Izhar atas segala petunjuk daripadaNya.

Setelah kecewa dengan gelagat cinta yang baru ditemui itu, Izhar sepertinya sudah putus harapan. Bagi Izhar, biarlah masa yang menentukan kerana dia yakin akan ketentuan Allah.

Bulan silih berganti, hari demi hari, putaran jam meninggalkan masa-masa yang lalu. Izhar semakin sibuk dengan menguruskan firmanya. Suatu hari, Izhar menghadiri mesyuarat untuk satu program yang disertainya, program "Selamatkan Jiwa". Mesyuarat pada hari itu pula melibatkan seluruh mahkamah syari’ah di kawasan tersebut. Dalam kalangan ahli jawatankuasa yang datang, Izhar terpandang ke arah seorang wanita yang dirasakan amat berbeza dengan wanita-wanira lain. Sangat pendiam orangnya.

Diam-diam ubi berisi, namun apabila melontarkan idea, cukup bernas! Memang cantik orangnya. Sopan dan berjubah adalah penampilan yang dipilih. Tidak hairanlah kerana gadis ini merupakan alumni Universiti Al-Azhar, dan ayahnya adalah imam di kampungnya. Izhar akhirnya mengambil kata putus untuk menulis sepucuk surat untuk menyatakan isi hatinya.

Salam perkenalan buat saudari Sa’adatul Sakinah...

Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, saya meminta izin daripada saudari untuk mengenali dengan lebih dekat lagi. Saya amat tertarik dengan saudari, pandangan mata yang penuh keihklasan melontarkan idea-idea yang bernas untuk melakukan kebajikan di jalan Allah. Mungkin Allah telah mempertemukan kita, dalam situasi yang sama.

Dirimu yang sempurna, memperjuangkan kalimah suci Allah membuatkan saya tertarik dengan saudari. Tidak sepertimana perempuan-perempuan di luar sana yang pernah saya kenali. Andainya diri tidak berpunya, izinkan saya untuk melamar awak sebagai isteri saya yang sah.

Ikhlas, Izhar...

Wassalam saudaraku Muhd Izhar...

Buat saudara yang baru ku kenali, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis buatmu...

Wahai saudaraku...Cinta pertama mengukir peristiwa, menguggat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.

Wahai saudaraku...janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.

Kirannya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirmu, tetapi aku membenci egomu. ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.

Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta..Sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya. Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami…

“Astaghfirullahal ’azim...Astaghfirullahal ‘azim…Astaghfirullahal ‘azim… Ampunkan dosaku ya Allah. Sesungguhnya selama ini aku telah tewas dalam permainan cinta. Terlampau mengejar cinta, aku telah melakukan dosa pada mereka. Sesungguhnya diriku kerdil di hadapanMu ya Rabbi. Aku sememangnya tidak layak untuk menghukum manusia, sesungguhnya aku seorang hamba seperti mereka..”, doa Izhar selepas menunaikan solat tahajjudnya.

Izhar kini bersyukur kerana telah dikurniakan oleh Allah seorang isteri yang solehah, mampu memandu hidupnya dan saling melengkapi dan memperbaiki dalam kesilapan masing-masing. Dia tersedar akan kesilapannya terhadap Surina dan Alfatunnisa yang gagal menemukan mereka kepada kebenaran.

Yakinlah bahawa sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah dan masanya pasti akan tiba...

- Artikel iluvislam.com


sokies

Tuesday, January 25, 2011

Emotional..

Everyday is a new day for me at preschool, everyday will bring a new experiences (InsyaAllah) and those cute faces sometimes teach me life.

Minggu ini tema di kelas adalah Keluarga Saya. Jadi kebanyakan pembelajaran berkisar tentang keluar; siapa dalam keluarga, peranan keluarga, adik beradik dsb.... Hari ini, saya membuka perbincangan tentang keluarga di rumah. Soalan saya " Siapa yang tinggal di rumah bersama kamu?".. Jadi macam-macam jawapan yg dilontarkan, yang pasti dengan ayah, ibu, abang, kakak, adik.. dan juga dengan nenek, atok, makcik dan pakcik.

Saya meminta mereka datang kehadapan untuk menceritakannya kepada rakan-rakan yang lain. Sungguh bersemangat mereka bercerita. Dalam keriuhan mereka bercerita, saya terperasan kelibat seorang murid saya yang agak senyap, tak banyak yang diperkatakannya bersama rakan-rakan. Matanya seperti berkaca-kaca. Pada mulanya saya fikir mungkin ada kawannya mengusik, tetapi tiba-tiba saya teringat cerita pembantu saya tentang keluarganya..

Ayahnya sudah agak berumur, cacat sebelah penglihatannya dan tempang. Hanya ayahnya yang membesarkannya serta kakak dan abangnya. Menurut cerita ayahnya - yang bercerita kepada pembantu saya semasa hari pendaftaran pra, ibunya pergi meninggalkan mereka tanpa kabar berita. Sehingga sekarang tidak pernah pulang menjenguk mereka.

Saya memanggilnya kehadapan kelas, dan ketika itu jugak airmatanya semakin laju mengalir. Hati saya hancur melihat airmatanya, namun saya tahan airmata saya dari mengalir. Saya mula bertanya soalan.

" Kenapa Rahmat menangis?", jawapannya cuma seduan tangis.

" Siapa tinggal bersama di rumah Rahmat?" tanya saya lagi, dia mula menjawab.

"Bapak, kakak, abang..." jawapannya terhenti disitu. Airmatanya mengalir laju.

"Mak tiada.." sambungnya lagi.

"Mak pergi ikut abangku.." seduannya makin kuat. Saya memeluknya erat-erat. Airmata saya masih ditahan. Tidak mahu saya menangis dihadapan kelas.

" Tak apa Rahmat, nanti bila-bila mak senang mak pulang la tu ya. Jangan nangis ya" kata saya cuba meredakan sedihnya. Walaupun saya langsung tidak tahu jika ibunya masih mahu menjenguk mereka lagi. Walaupun saya tidak tahu siapakan "abangku" yang dimaksudkannya. Setahu saya dia tiada abang yang lain selain abangnya Rahim yang masih di sekolah rendah. Saya mengesat airmatanya.

" Yang lain dengar sini ya, kesian Rahmat tiada ibu dirumah. Jadi kalau kita ada ibu, jangan buat jahat dengan ibu, dengar cakap ibu, jangan pukul ibu.. kalau tiada ibu kan sedih.." pesan saya untuk murid-murid yang lain. Tangan saya masih mendakap Rahmat. Murid-murid yang lain semua diam melihat Rahmat. Saya lihat di wajah mereka ada tempias kesedihan Rahmat, malah ada juga yang diam-diam mengalirkan airmata. Mereka juga tahu erti kesedihan itu.

Saya minta Rahmat pulang ketempat duduknya. Duduk sahaja Rahmat di tempatnya, rakan-rakannya mengerumuninya sambil mengusap-ngusap belakang dan kepala Rahmat, tanda simpati.

"Jangan nangis ya Rahmat." kata mereka. Rahmat hanya mampu tertunduk. Saya segera meminta mereka membuat tugasan. Saya minta mereka melukis keluarga mereka mengikut kreativiti masing-masing. Jauh disudut hati saya, saya berdoa agar Rahmat akan membesar dengan baik, dan terus berkelakuan baik sepertimana dia sekarang. Janganlah dia memberontak dan merosakkan hidupnya bila dewasa nanti.

Ya Allah, lindungi dan bimbinglah dia ke jalanMu Ya Allah... amiinn..


sokies

Sunday, January 16, 2011

Terjumpa..



Char Kue Tiaw Pak Tam kat Sri Gading BP




Nak balik Sandakan dah.. bye!




Lama sungguh tak layan F1




Si Tompok buat aksi terlampau



Terjumpa pula gambar yang diambil dan terambil masa cuti sekolah Dec 2010 yg lalu. Seronoknye cuti sekolah!

sokies

Friday, January 14, 2011

Yuna - Cinta Sempurna - AJL 25 - Final - 9 Jan 2011



I still believe she deserve to win.. but i guess the judges prefer poetic lyrics such anna raffali's.
Way to go Yuna!

Lirik Lagu Cinta Sempurna - Yuna

Aku Manusia Lemah
Selalu Terjatuh
Berbeda Aku Dari Mu
Kau Berdiri Teguh
Aku Serba Tiada
Aku Kekurangan
Dan Bila Kau Tiba
Aku Hilang Dari Kewujudan

Sempurnanya Sifatmu
Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung
Sebuah Cinta Sempurna
Darimuu
Darimuuu...Oahh...

Bukan Aku Tak Pernah Mengerti Dirimu
Kusanjung Setiap Kata Cinta Kau Berikan Aku
Hilangkan Rasa Itu Akhirkan Semua
Dan Bila Kau Sedar Aku Hilang Dari Kewujudan.. Oooo

Sempurnanya Sifatmu
Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung Sebuah Cinta Sempurna
Darimuu
Darimuuu...Oahh...


sokies

Wednesday, January 12, 2011

Kenangan Kelas Pra SK Jaya Bakti Beluran 2010


Kelas Pra Kekwa 2010



Kelas Pra Dahlia 2010

Akibat kebosanan, saya pun meng'upload' gambar kelas saya tahun lepas. Manalah tau ada antara anak-anak ni terbaca blog saya dan ternampak gambar mereka di masa depan. Pasti mereka ketawa sendiri.. Bila saya nampak diorang naik ke tahun satu, bagitu terasa masa sangat pantas berlalu...



sokies

Sunday, January 09, 2011

Bila masuk tahun baru..

Assalamualaikum..

Pelik juga bila terfikir setiap kali buka blog nih.. mesti dah masuk tahun baru. Dah 2011 dah rupa nya.. hahahhaha. Jangan marah aa kalau ade yg menunggu post dalam blog ni sampai menyampah.

Sedar tak sedar dah masuk tahun ke tiga berada di rantau orang ni. Dan saban tahun, rasa homesick adalah lebih dari tahun sebelumnya. Bukan makin terbiasa. Walaupun memang sudah jalan hidup saya dari zaman sekolah lagi jauh dari keluarga.. rasanya macam makin tak mampu. Bimbang umur yang tak tau bila akan akhirnya, sempatkah berbakti sehabis baik untuk kedua ayahbonda tercinta. Dan juga tak tau apa pulak rasanya berjauhan bila sudah bergelar isteri nanti. Mampukah saya menghadapinya? Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan pada hati.

Cabaran baru pun bermula. Menghadapi muka-muka baru lagi. Perlu memikirkan bermacam cara menghadapi karenah anak-anak yang berlainan. Pengalaman 2 tahun sebelum ini nampaknya banyak membantu. Syukurlah pe'el anak-anak tahun ni tak terlalu menyeksa jiwa. Tapi masih memerlukan kudrat yang banyak untuk menghabiskan minggu pertama. Membentuk anak-anak dengan suasana baru di sekolah, mendisiplinkan mereka dengan rutin harian sekolah bukan satu tugas mudah. Intonasi suara perlu sentiasa dikawal agar-agar anak-anak tidak merasa berasa tertekan (cikgunya yang perlu menahan tekanan). Supaya anak-anak rasa selesa berdamping dengan orang yang baru dalam hidupnya. Sekurang-kurangnya dapatkan kepercayaan mereka terhadap cikgu pada peringkat awal ni. Kalau masih ada yang nampaknya keras kepala, intonasi suara cikgunya ini akan naik sedikit demi sedikit (heheheheheh..)

Cukuplah cerita sekolah. Tahun ini banyak perubahan berlaku. Bermula dengan berkurangnya rakan serumah yang berpindah. Seorang dapat bertukar ke semananjung dan yang seorang lagi berpindah untuk tinggal dengan suami (pengantin baru). Dan dua orang rakan serumah baru pula masuk. Memang pada awalnya agak sedih bila mengenangkan kembali kesini tanpa mereka kawan-kawan lama, asyik berfikir bagaimanalah pula orang baru tu nanti. Bolehkah kami serasi?.. nampaknya setakat ni semuanya baik-baik saja... Alhamdulillah.

Hmmm... harapnya hari-hari mendatang dalam tahun ini akan lebih memberikan semangat. Berita baik untuk semua.. InsyaAllah saya akan menamatkan title 'cik' tak lama lagi dalam tahun ini. Tungguuu.. doakanlah semuanya berjalan lancar ye...

wa ilalliqa'
sokies