Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 31, 2009

persinggahan..

Jarang saya tulis dalam blogspot nih sbb most of my writings ade di friendster blog. Akaun ni di buka pon sbb saya satu lagi blog berkumpulan yg dikongsi bersama kroni2 terchenta. Akibat browser mozilla saya ada sedikit masalah dengan friensdster, saya mengambil keputusan untuk menulis di sini kali ni.

Ketika ini saya sendang berseorangan di rumah sambil menonton channel zee "dance India dance". Hahaha.. saya memang suka menonton hindi sebelum ini. Antara faktornya adalah kerana tariannya. Melihat mereka menari membuatkan saya terpegun dan selalu berangan jika saya boleh menari seperti mereka. Tapi apakan daya.. angan hanya sekadar angan semata.

Sambil itu, masih lagi berfikir apakan juadah berbuka saya hari ni. Semalam, idea last minutes saya datang satu jam sebelum waktu berbuka. menggoreng mee segera.. setelah seminggu berpuasa di Miri bersama rakan-rakan, masak bersama.. bila keseorangan rasa janggal pula. Pasti ramai yg tertanya mengapa saya berada di Miri.. hehe apa lagi , bercutila... walaupun puasa, kami tak melepasan peluang cuti sekolah lalu untuk menjelajah tempat yg belum kami jelajahi..

Berbalik kepasa juadah berbuka, hmmm.... nasi sudah ditanak, tinggal lauknya sahaja lagi yg belum terfikirkan.. harapnya adalah idea yg bernas muncul nanti..

Kali pertama berpuasa di bumi Sabah dan Sarawak memang mengujakan. Teruja untuk melihat dan merasa juadah penduduk di sini. Sepanjang pemerhatian saya di bazaar ramadhan di Kota Kinabalu, Miri dan Sandakan, apa yg boleh saya katakan adalah OK laaa... sebabnya, kebanyakan makanan di sini mungkin asing bagi saya. Masih merindui juadah berbuka di semenanjung.. nasi kerabu, air kathira, murtabak, akok, tepung pelita, cara berlauk dan lain-lain yg tak tersebut di sini. Pastinya yang paling enak ialah masakan ibu! dan berbuka bersama keluarga tercinta.. tak sabar rasanya menanti hari penerbangan pulang ke Johor untuk hari raya nanti..

Sekadar memenuhi masa terluang.. salam