Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 02, 2010

Tazkirah Menarik..

Artikel ni sedikit sebanyak menggambarkan harapan kebanyakan kaum hawa terhadap kaum adam.. including ME :D

Ku Insafi Diri Ini
www.iluvislam.com
Oleh : Abu Hariz
Editor : naadherah

Kakiku melangkah lemah, membawa diriku ini yang kian goyah, terumbang-ambing di tiup arus modenisasi dunia yang serba canggih mengikut masa. Entah ke mana hendak dibawanya kaki ini.... ke sana tidak kena, ke sini tidak pasti, fikiranku kaku, serba tidak tahu....

Sunyi kota di malam hari ku tatap dengan mata yang jemu... entah kenapa, malam ini tidak seperti malam yang selalu, yang ku lalui dengan gembira dan berseronok dengan apa yang aku ada, bersama-sama rakan-rakan yang otaknya ‘gila’ seperti aku.

Ajakan kawan-kawan ku tolak dengan pandangan yang bosan. Seolah-olah aku sudah tidak berminat lagi dengan kegiatan yang rendah moralnya itu. Padahal selalunya akulah nombor satu. Entah kenapa, hmmm....(melepaskan keluh yang maha berat) seperti yang ku katakan tadi.... segalanya ku pandang jemu.

Arrgggh...! Apa ni? Apa maksud perasaan ku ini??

Ku pandang langit, mencari rembulan, mungkin ia dapat memberi jawapan.... sepi...
Ku pandang bebintang terang, mungkin di situ jawapan kan datang.... sunyi...

Tiada siapa yang dapat memberikan jawapan kepada ku, Perasaan ku gundah dan resah,
Mendesah mencari ketenangan yang tak pernah kunjung tiba.

Ku merenung jauh menembusi kegelapan malam...
kala itu datang kembali kata-kata yang menghenyak hati ini, di atas sehelai warkah putih,
Aku menyerah diri, kepada bait-bait indah yang menjunam keras hati ini...

Ku tulis warkah ini hanyak untukmu, Insan yang bakal bergelar suami...

“Wahai lelaki, kaulah bakal pemimpin kami, kau lah yang akan membentuk diri kami, menjadi seketul permata putih, atau seketul batu keras, yang kan membakar dirimu kembali....”

“Ketahuilah wahai lelaki, Nabi telah bersabda kepada kita ummatnya, mencari pasangan hidup berdasarkan 4 perkara..... Kecantikkan wajahnya, Harta yang ada padanya, Nasab keturunannya... tetapi carilah yang ada kefahaman agama padanya, kerna ia kan menjamin bahagia....”

“Wahai lelaki, kau Insan yang akan bergelar suami”

“Andai kau melihat pada kecantikkan yang ada pada diri ini, ketahuilah, ia takkan kekal selamanya, kerna wajah indah ini kan tua, saat itu wajah indah diganti dengan wajah tua yang berkedut, apakah ketika itu kau akan melihat lagi pada diriku?”

“Andai kau melihat pada harta yang ada, ketahuilah, ia tidakkan kekal juga, berkurangan selepas kau guna, dan apabila harta itu habis di mamah masa, apakah kau akan melihat pada diriku lagi?”

“dan... Andai kau melihat pada nasab keturunanku, ketahuilah... iman tidak mungkin diwarisi... kerna iman perlu kita cari... kita kaji dan di didik dalam diri... ada yang nasabnya tidak seindah yang disangka, tetapi dirinya, Subhanallah... menjadi contoh tauladan pada semua. Andai diriku tidak seindah seperti nasab ku yang indah pada matamu, apakah kau akan melihat pada diriku lagi?”

“Akhirnya agamalah pilihan utama... kerna aku mungkin tidak berwajah Cik Dunia (Miss World), dan aku bukanlah seorang hartawan dengan harta yang berjuta, aku juga bukanlah anakanda atau cucunda seorang raja yang hebat keturunannya... tapi sekurang-sekurangnya aku yakin, andai kau melihat pada agama yang ada padaku, kan ku serahkan segala yang ada padaku, untuk kau gunakan dalam perjuanganmu, kerna aku yakin, kau takkan mensia-siakan pengorbananku wahai bakal suamiku....”

“Tetapi.... apakah dirimu begitu? Sudah sempurnakah agamamu untuk membimbingku? Sudah kukuhkah pendirianmu untuk berpegang kepada syariat Allah dan ajaran Sunnah RasulNYA? Apakah kau yakin kau kan dapat membina sebuah keluarga yang bahagia bukan sahaja di dunia, bahkan kekal hingga ke syurga menanti???”

“Kerna bukannya kecantikkan, harta dan keturunan yang aku lihat pada dirimu... Mahupun kesempurnaan ilmu agama yang kukuh, cukup bagiku kau berusaha untuk mendalaminya, membuatkan diri ini terasa sudah bersedia... Bersedia untuk dibimbing oleh dirimu... sebagai Isteri kepada dirimu, lelaki yang bergelar suami...”

“...dan perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik...”
(Surah an-Nur : 26)

Kata-kata ini...
Di dalam warkah ini...
Aduh!!!
Kini diriku rasa umpama ditusuk sebilah pedang panjang,
Yang merobek-robek hatiku, yang gelap diselaputi hawa nafsu....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



sokies

Saturday, February 27, 2010

Selawat dan Salam Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum..

Akibat rasa bosan yg amat, membuat kan saya teringatkan blog nih. Kesian ko blog, waktu bosan jer aku ingat ko. Apa pun.. hai semua!!.. semoga semua berada dalam keadaan sihat dan menjalani hidup dengan penih keceriaan..

Apa ya nak ditulis.. hmm.. bulan februari nih adalah antara bulan yg agak banyak cuti. Minggu lepas cuti tahun baru cina, kemudian disusuli minggu nih cuti malidul rasul.. haa.. dalam kesempatan nih saya nak ucapkan salam Maulidul Rasul untuk semua, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atasnya dan cuba mengikuti sunnahnya semampu yg boleh..



Saya di rumah bersama rakan serumah yg kebanyakannya bersekolah di kawasan pendalaman, jadi kami hanya berjumpa seminggu sekali. Saya sudah tinggal di bandar dan berulang ke sekolah setiap hari yg jaraknya 60 km dari bandar. Sekarang nih musim panas.. jadi banyak kawasan pendalaman yg sudah ketiaadaan air akibat kebergantungan mereka pada air hujan sepenuhnya, sekolah saya tidak terkecuali. Sekolah saya masih bernasib baik kerana mempunyai tangki-tangki air yg sangat besar dan masih boleh menampung keperluan untuk jangkamasa terdekat ni. Tapi.. rakan saya di pulau ada yg sudah mula berulang alik ke bandar kerana mmg sudah langsung tiada air ( air laut adalaaa). Kesian.. tapi nak buat macam mana kan, itu lah antara cabaran tugas yg perlu dihadapi kami guru pendalaman dan luar bandar. Harapnya cuaca panas tidaklah berpanjangan..

ooppss.. perlu berenti di sini.. ada hal yg perlu diuruskan. Perlu ke rumah kawan untuk tolong buat persiapan majlis makan-makannya mlm nih.. Jumpa lain kali yer..

sokies

Tuesday, January 26, 2010

Gambar jer.. malas menaip

Gambar gambar waktu kovokesyen prasekolahku.. acara yg dinantikan setiap tahun oleh ibubapa murid pra. RATU FESYEN @ PAKAIAN BERAGAM..













sokies

Sunday, January 24, 2010

Happy New Year.. (Belated dah..heheh)

HAPPY NEW YEAR EVERYONE!

Dah hampir sebulan pon 2010 nih. Baru ni dapat mood nak menulis kat sini. Baru teringat aku ada blog nih. Sorry yer semua.. kot kalau ade yang tunggu.

Tahun nih, genap laa setahun saya bermastautin di Negeri Di Bawah Bayu ni. Boleh aa speaking sabah dah sket2.. boleh laa jalan2 sendiri kat sandakan nih. Berbanding masa mula2 datang dulu kan, adalah kemajuan..

Tahun nih juga tahun pertama berhadapan dengan murid2 baru di prasekolah. Tahun lepas, lepas seminggu sekolah baru saya sampai, jadi tak laa berdepan dengan pe'el budak2 first day. Menangis tuh perkara biasa laa.. menjerit tergolek-golek pon ada. Apa nak buat sabo jer. Minggu pertama dan minggu kedua, cekgu nih kene berlemah lembut, pujuk kalau menangis.. memang sabar tahap maksima laa.. senyum sokmo.

Dah masuk minggu ketiga, pintu gate dah mula dimangga masa waktu belajar. Kalau korang nak nangis tergolek2 pon, golek laa depan pintu tuh.. Mak ngan ayah dah tak boleh dah masuk kawasan kelas prasekolah. Minggu 4 cekgu dah mula pegang rotan, buat pukul meja.. kesian meja. Masa ni, kena juga buat diorang faham tujuan datang sekolah nih, terutamanya yang dah enam tahun. Yang lima tahun masih lagi ada yg tak faham apa2, pegang rotan pon tak memberi kesan. Yang dia tahu kat sekolah ada permainan, boleh main. Kalau kes2 macam tuh, cekgu terpaksa laa sorok semua permainan yang ada di kelas, jadi walaupon dia tak ambil bahagian masa PnP, harapnya dia masih mendengar apa yang diajar cekgu dihadapan.

Begitulah.. kene pikir hari2 cara nak buat diorang nih minat nak dengar apa yang diajar cekgu. Hari2 kene cipta permainan.. cipta lagu.. walaupon lagu tuh kita dengar kelakar, tapi pada diorang ok jer.. asalkan diorang ingat apa yg diajar.. kira ok laa tuh.

Apa pon.. kerja perlu diteruskan. Tanggungjawab perlu dilaksanakan sebaiknya. Hidup perlu dimajukan.. hehehe.. Di kesempatan ini, ingin saya mengucapkan selamat pengantin baru kepada sahabat-sahabat yang sudah melangkah ke alam rumahtangga.. Tahniah diucapkan! Semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Minta maaf sbb tak dapat hadir ke majlis kalian. Doa yang baik sentiasa untuk kalian..

Di sispkan gambar majlis konvokesyen prasekolah 2009


sokies



Persembahan prasekolah



Pemenang Pakaian Beragam (Nantilah upload)



Penyampaian hadiah lima tahun



Penyampaian hadiah enam tahun