Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 22, 2011

Tuesday, June 07, 2011

After 8 long years...

Akhirnya..Allah memakbulkan doa kami untuk dijodohkan bersama. Aku memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga pada Ya Allah kerana kurniaan nikmat Mu yang tidak terhingga ini. Malunya aku Ya Allah, selepas segala khilaf dan dosa ku pada Mu, Engkau masih mengurniakan nikmat ini pada ku. Akan ku sedaya upaya ku menggunakan kesempatan yang tidak ternilai ini untuk menambahkan ketakwaan ku pada Mu. Engkau kurniakanlah pada kami ketabahan dan keimanan yang tinggi untuk menghadapi hidup baru ini di atas jalan Mu yang benar Ya Allah. Ampunkan lah segala dosa kami Ya Allah. Janganlah Kau biarkan zuriat kami tersasar dari jalan Mu. Hanya Engkau lah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang, Maha Pemberi Rezeki dan Maha berkuasa di alam ini. Ameen.. ameen.. Ya Rabbal A'lameen..


sokies

Sunday, May 08, 2011

Loving You is like food to my soul..




MAMA.. walaupun Ija jarang sebut ini.. Ija nak mama tau yang
IJA SAYANG MAMA FOREVER..

You taught me everything
Everything you've given me
I'll always keep it inside
You're the driving force in my life, yeah

There isn't anything
Or anyone that I could be
And it just wouldn't feel right
If I didn't have you by my side

You were there for me to love and care for me
When skies were gray
Whenever I was down
You were always there to comfort me

And no one else can be
What you have been to me you will always be
You will always be the girl
In my life for all times

Mama, Mama you know I love you
Mama, Mama you're the queen of my heart
Your love is like tears from the stars
Mama I just want you to know lovin' you is like food to my soul
Yes it is, yes it is, oh, yes it is, yes it is, yes it is oh

You're always there for me
Have always been around for me even when I was bad
You showed me right from my wrong
Yes you did

And you took up for me
When everyone was downin' me
You always did understand
You gave me strength to go on

There was so many times
Looking back when I was so afraid
And then you come to me and say to me
I can face anything

And no one else can do
What you have done for me
You'll always be, you will always be
The girl in my life, ooh oh

Mama, Mama you know I love you
Mama, Mama you're the queen of my heart
Your love is like tears from the stars
Mama I just want you to know lovin' you is like food to my soul

Never gonna go a day without you
Fills me up just thinkin' about you
I'll never go a day
Without my mama

Mama, Mama you know I love you
Mama, Mama you're the queen of my heart
Your love is like tears from the stars
Mama I just want you to know lovin' you is like food to my soul

Lovin' you is like food to my soul, oh yeah
You are the food to my soul, yes you are


sokies

Wednesday, April 13, 2011

B'day Party! 1 of 4

Assalamualaikum sumer..

Terasa sunyi lak blog ni sbb lama dah tak update. Tak tau nak tulis apa sebenarnye. Tiba-tiba teringat lak gambar-gambar yang saya ambil masa majlis harijadi kelas untuk first quarter of the year 2011.

Kalau nak kenal Rahmat, dia yg depan sekali pakai t-shirt merah.

excited diorang nak potong kek

Garfield cake for you guys.. tapi jgn malas macam garfield yer..

Makan-makan


Makan lagi..


comel tak belon?


yang toleh tu nama dia mohd shahnaz zoy fendi bin joseph


Yang tutup muka tu nampak Cikgu Saliza macam nampak singa, automatik mengalir air mata. Seb baik dia dok kelas sebelah..


Yang diraikan.. 13 orang semuanya


Mereka yang tertua diantara rakan-rakan


si kembar basyirah dan fasyirah..

sokies

Thursday, March 24, 2011

I'm Officially An Aunt.. Yeay!

Tanggal 9 March 2011, adik saya Shazratun Naaim telah selamat melahirkan anak sulungnya, Rayhan Syarif bin Mohd Rostam di Hospital Batu Pahat. Alhamdulillah kedua-duanya sihat. Kelahirannya adalah yg paling dinanti kerana dia adalah cucu sulung dalam keluarga En. Omar Kamal Abdollah  yer.. Abah. n Mama... both of you officially   grandpa n grandma..! huhuhu.. congratulation everyone for our promotions.. hahahha.. promotion jadi pakcik, makcik, atuk n nenek.. .these are a few pictures of him. Can't wait to see him again. Mesti dah besar sket nanti kan..










sokies

Saturday, February 12, 2011

CINTA SEBENAR

Hukum Rai Valentine & Jual Bunga
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
 
 
Soalan
Assalamualaikum ustaz,
Benarkah hukum menyambut hari Valentine adalah haram, bagaimana pula hukum menjual hadiah dan bunga kepada pasangan-pasangan bukan Islam dan sebahagian umat Islam yang meraikannya?
 
JAWAPAN
Saya telah menyertakan jawapan di ruangan artikel bahasa Inggeris, bagi membantu rakan-rakan yang kurang selesa memahami bahasa Inggeris, disertakan jawapan ringkas saya berkenaan sambutan hari valentine.
Asal-usul Valentine
Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulukala. Menurut tarikh kalender Athena kuno, periode antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera.
Di Roma kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Sebagai bagian dari ritual penyucian, para pendeta Lupercus meyembahkan korban kambing kepada sang dewa dan kemudian setelah minum anggur, mereka akan lari-lari di jejalanan kota Roma sembari membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai. Terutama wanita-wanita muda akan maju secara sukarela karena percaya bahwa dengan itu mereka akan dikarunia kesuburan dan bisa melahirkan dengan mudah. (http://id.wikipedia.org/wiki/Hari_Valentine)

 
Selain itu, sejarahnya juga berkait dengan fakta di bawah :-
 
Saint Valentine is a name which is given to two of the ancient "martyrs" of the Christian Church. It was said that there were two of them, or that there was only one, who died in Rome as the result of the persecution of the Gothic leader Claudius, c. 296 CE. In 350 CE, a church was built in Rome on the site of the place where he died, to perpetuate his memory.
 
When the Romans embraced Christianity, they continued to celebrate the Feast of Love mentioned above, but they changed it from the pagan concept of "spiritual love" to another concept known as the "martyrs of love", represented by Saint Valentine who had advocated love and peace, for which cause he was martyred, according to their claims. It was also called the Feast of Lovers, and Saint Valentine was considered to be the patron saint of lovers.
 
One of their false beliefs connected with this festival was that the names of girls who had reached marriageable age would be written on small rolls of paper and placed in a dish on a table. Then the young men who wanted to get married would be called, and each of them would pick a piece of paper. He would put himself at the service of the girl whose name he had drawn for one year, so that they could find out about one another. Then they would get married, or they would repeat the same process again on the day of the festival in the following year.
 
The Christian clergy reacted against this tradition, which they considered to have a corrupting influence on the morals of young men and women. It was abolished in Italy, where it had been well-known, then it was revived in the eighteenth and nineteenth centuries, when in some western countries there appeared shops which sold small books called "Valentine's books", which contained love poems, from which the one who wanted to send a greeting to his sweetheart could choose. They also contained suggestions for writing love letters.
 
(The above quotation is excerpted, with slight modifications, from www.Islam-qa.com)
   
Justeru, secara ringkasan saya boleh simpulkan seperti berikut :-
 
1) Kita hanya boleh merayakan perayaan yang diiktiraf oleh Islam iaitu Idil Fitroi dan Idil Adha. Nabi SAW bersabda :
(إن لكل قوم عيدا وإن هذا عيدنا)
Ertinya : Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (IdilFitri dan Idiladha) adalah perayaan kita" ( Riwayat AL-Bukhari, 952 ; Muslim, 1892)
Justeru, sebarang perayaan yang disambut oleh umat Islam mestilah terhad kepada dua perayaan ini sahaja.
Bagaimanapun, jika sesuatu majlis, keraian dan sambutan itu dianjurkan bukan atas asas atau nama agama serta tiada kaitan dengannya bahkan dibuat atas dasar adat semata-mata. Ianya boleh dan harus diraikan dengan syarat sambutannya tidak diserapi apa jua unsur maksiat dan syirik. Sebagai contoh sambutan kemerdekaan Negara, sambutan ulangtahun penubuhan sesebuah syarikat dan sebagainya. Cuma ia bukanlah disambut sebagai hari raya ketiga atau keempat, tetapi hanya sebagai majlis keraian setaraf dengan majlis perkahwinan dan sepertinya sahaja.
Ini bermakna, setiap tujuan dan asal usul perayaan itu perlulah disemak. Maka jika disemak perayaan Valentine ini. Ternyata ia berasal dari cerita dongeng, karut dan syirik berakitan dewa dan sebagainya.  Selain dari asalusul, cara dan kaedah implementasnya juga mesti dilihat, jika secara adatnya ia disambut dengan dosa dan maksiat. Ia sekali lagi dilarang di atas dasar tersebut pula.
 
2) Tidak harus pula meniru orang Kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan. Imam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim telah menyebut bahawa telah Ijma' (sepakat keseluruhan Ulama) melarang penyerupaan dalam meraikan perayaan agama ( atas asas agama) selain Islam. ( Iqtidha, 1/454 ; Ahkam Ahli Zimmah, 2/722)
 
3) Islam tidak mengiktiraf hari kasih sayang. Kasih sayang dalam Islam bersifat universal, tidak dibatasi waktu dan tempat dan tidak dibatasi oleh objek dan motif. Hal ini sesuai dengan hadis :
"Cintailah saudara seislam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari).
Islam sangat melarang keras untuk saling membenci dan bermusuhan, namun sangat menjunjung tinggi akan arti kasih sayang terhadap umat manusia.
Rasulullah saw. bersabda : "Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap saudaranya lebih dari tiga hari" (Muslim)
Kasih sayang dalam Islam diwujudkan dalam bentuk yang nyata seperti silaturahmi, menjenguk yang sakit, meringankan beban tetangga yang sedang ditimpa musibah, mendamaikan orang yang berselisih, mengajak kepada kebenaran (amar ma'ruf) dan mencegah dari perbuatan mungkar
 
4) Sambutan hari Valentine hari ini menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, mengadaikan ‘dara' kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan' dan dengan perlakaun seks bebas yang kononnya bagi membuktikan 'ketulenan' cinta seseorang kepada kekasihnya.. 
 
5) Islam juga melarang umatnya dari terlibat, duduk serta bersekongkol dalam majlis yang mempersendakan Islam dan bercanggah dengannya. Ini dari firman Allah yang bererti :
 
وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا
"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam" ( An-Nisa : 140 )
Diriwayatkan dari Umar r.a. bahwa dia pernah mendengar Rasulullah s,a.w. bersabda:
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah duduk pada suatu hidangan yang padanya diedarkan arak." (Riwayat Ahmad)
Maka majlis arak yang haram itu adalah sama hukumnya dengan majlis Valentine yang mana sumber, asal usul dan cara pelaksanaannya yang terdedah kepada pelbagai jenis maksiat. Tidak harus sama sekali untuk menghadiri majlis sempena Valentine di mana-mana jua. 
  "Jadi adakah pergi shopping sempena 'sale' hari Valentine juga salah?
Jawabnya, sekadar membeli belah ia tidak salah, namun TIDAK DIBENARKAN menyertai seseuatu PERHIMPUNAN, SAMBUTAN KHAS kerana Valentine seperti majlis Konsert, Nyanyian dan sepertinya.
6) Hukum memberikan hadiah sempena hari Valentine juga adalah menjadi haram berdasarkan kaedah dari firman Allah : "Janganlah kamu bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan"
Bagaimanapun hukum menjual bunga sahaja, ia tidak kurang dari kategori jualan yang syubhah, makruh  atau haram khas di hari Valentine.
Diriwayatkan, ada seorang laki-laki yang memberi hadiah satu bekas arak kepada Nabi s.a.w., kemudian Nabi memberitahu bahwa arak telah diharamkan Allah. Orang laki-laki itu bertanya:
Lelaki: Bolehkah saya jual?
Nabi: Zat yang mengharamkan meminumnya, mengharamkannya juga menjualnya.
Lelaki: Bagaimana kalau saya hadiahkan raja kepada orang Yahudi?
Nabi: Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan arak, mengharamkan juga untuk dihadiahkan kepada orang Yahudi.
Lelaki: Habis, apa yang harus saya perbuat?
Nabi: Tuang saja di dalam parit air. (Al-Humaidi dalam musnadnya)
Justeru, kita dapat melihat bahawa benda yang haram, maka haram juga dijualnya mahupun dihadiahkan. Dalam hal menjual bunga, ia juga boleh menjadi syubhah di hari Valentine seperti ini, kerana diketahui ianya dibeli khas untuk mearikan Valentine yang haram. Seperti juga hukum menjual anggur kepada tukang buat arak yang telah diketahui. Ia tidak dibenarkan dalam Islam menurut pendapat yang terkuat.
  7) Para ulama juga menyatakan LARANGAN untuk saling mengirim ucapan Valentine, cinta dan kasih bersempena hari itu. Perlu dianggapkan hari Vlentine itu tidak wujud dan ia adalah sebuah hari biasa sahaja.
 
Sekian

DIpetik daripada.. 
Ust Zaharuddin
http://www.zaharuddin.net/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=292&Itemid=86


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


sokies

Sunday, February 06, 2011

I've never been so bored before..

CNY holiday had finnaly passed.. YEAY!! hari cuti yang paling bosab pernah saya lalui. Sendirian di rumah, hanya ditemani hujan selama 2 hari beserta TV dan Laptop. Esok dah boleh pegi sekolah.. yeay!

Biasanya dulu, ada rakan serumah yg menemani kerana biasanya kami tidak akan pulang ke semenanjung jika hanya ada seminggu cuti. Tahun ini, senarionya berbeza, setelah 2 orang rakan serumah lama berpindah, tiada lagi peneman di kala cuti seminggu.Nasib baik Isnin dan Selasa sebelum CNY saya masih bersekolah, jika tidak..

Malam ini, seorang rakan serumah akan tiba di Sandakan lebih kurang jam 8.30 mlm.. Yang seorang lagi pula sepatutmya sampai semalam (Sabtu), akibat kesesakan jalan raya semasa dalam perjalanan ke LCCT, dia tidak sempat naik flight. Terpaksalah dia beli tiket yang baru. InsyaAllah akan sampai hari Isnin.. Semoga mereka selamat sampai.. InsyaAllah..

Tiba-tiba terjumpa pulak video ni, anak2 murid pra saya tahun lepas. Kalau dah nama budak tu, mmg pantang nampak kamera... heheheh enjoy..



sokies