Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 15, 2009

Seminggu jer lagi...

Habis sudah minggu kedua terakhir yang dikatakan penuh dengan pengisian.. maklum lah kursus. Kursus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang bakal menggantikan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Skang nih sume nak standed-standed jer.. belajar kene standed, mengajar kene standed.. yerke standed?? itu terpulang laa pada individu menilai. Yang penting tanggungjawab mengajar dilaksanakan pada kadar terbaik.. InsyaAllah. Cikgu mana yang tak nak anak muridnya pandai.. yer atak?

Minggu ni, seminggu lagi kerja menunggu. Bermula esok raptai penuh hari konvokensyen prasekolah dan anugerah cemerlang sek rendah. Hari selasa pulak THE DAY lah.. malamnya ada annual dinner guru-guru dan staff. Hari rabu cuti peristiwa.. ni yg aku tak puas hati, apsal laa tak bagi cuti peristiwa hari jumaat. Boleh la cuti awal sket. Hari Khamis, hari tandatangan buku rekod dan hari Jumaat, gotong royong sekolah.. sabtu, flight ke Kuala Lumpur jam 7.00 malam.

Sekarang nih, aku tengah memotong wording untuk backdrop pentas esok. Agak banyak lagi yg nak dipotong nih. Bateri cutter tu macam dah weak pulak, kene la pegi beli kejap lagi nih. Sambil tu, nak pegi carik ubat. Maklumlahh.. semakin meningkat umur, macam-macam penyakit datang. Makan tak jaga.. senaman apatah lagi.. isk isk isk.. sedang cuba memperbaiki keadaan itu.

Untuk kali nih.. aku letak laa sikit lagi gambar, enjoy


Dalam lift hotel.. sempat lagi


Nooreen Aishah, Saliza, Zuria


Cameraman mencuri

Kepak ayam


Tak sabar dah nih nak cuti sekolah

sokies

Saturday, November 07, 2009

Mengisi Masa Lapang

Oleh kerana aku tak tau nak wat ape nih.. meh laa aku menaip sket. Nak tulis ape ehh?? hmm..

Pejam celik, dah nak habis dah sesi persekolahan tahun ni. Rasa cam baru jer aku dtg masa posting awal tahun hari tu. Dah nak setahun laa aku dok kat negeri below the wind nih. Boleh lah kira jadik org Sabah, hahhaha.. anyway, it is a great year as a teacher, and hopefully there will be better years ahead, INSYAALLAH..

Makin nak habis sekolah nih, makin banyak keje kene settle.. time ni pulak ader kursus untuk kurikulum baru tahun depan, kursus 4 hari plak tuh. Pas tuh.. hari konvokesyen pra dan hari anugerah sekolah.. pastuh konvokesyen pra daerah pulak.. pastuh hari tandatangan buku rekod murid.. pastuh.. BALIK KG LAAA.. yess.. tak sabar rasanya nak balik cuti hujung tahun ni. Macam-macam bende dah pikir nak buat, di samping nak menghadiri majlis-majlis kengkawan yang nak membina masjid.. sedang juga memikirkan boleh ke nak plan family vacation cuti sekolah nih.. hmmm.. sedang mengira2 bajet..

Tak tau nak tulis apa dah.. meh laa aku tunjuk gambar-gambar untuk tatapan korang.


pemeriksaan jenis darah, biasala ada yg menangis..





A simple suprise.. thanks to siti and ayien..




sokies

Monday, August 31, 2009

persinggahan..

Jarang saya tulis dalam blogspot nih sbb most of my writings ade di friendster blog. Akaun ni di buka pon sbb saya satu lagi blog berkumpulan yg dikongsi bersama kroni2 terchenta. Akibat browser mozilla saya ada sedikit masalah dengan friensdster, saya mengambil keputusan untuk menulis di sini kali ni.

Ketika ini saya sendang berseorangan di rumah sambil menonton channel zee "dance India dance". Hahaha.. saya memang suka menonton hindi sebelum ini. Antara faktornya adalah kerana tariannya. Melihat mereka menari membuatkan saya terpegun dan selalu berangan jika saya boleh menari seperti mereka. Tapi apakan daya.. angan hanya sekadar angan semata.

Sambil itu, masih lagi berfikir apakan juadah berbuka saya hari ni. Semalam, idea last minutes saya datang satu jam sebelum waktu berbuka. menggoreng mee segera.. setelah seminggu berpuasa di Miri bersama rakan-rakan, masak bersama.. bila keseorangan rasa janggal pula. Pasti ramai yg tertanya mengapa saya berada di Miri.. hehe apa lagi , bercutila... walaupun puasa, kami tak melepasan peluang cuti sekolah lalu untuk menjelajah tempat yg belum kami jelajahi..

Berbalik kepasa juadah berbuka, hmmm.... nasi sudah ditanak, tinggal lauknya sahaja lagi yg belum terfikirkan.. harapnya adalah idea yg bernas muncul nanti..

Kali pertama berpuasa di bumi Sabah dan Sarawak memang mengujakan. Teruja untuk melihat dan merasa juadah penduduk di sini. Sepanjang pemerhatian saya di bazaar ramadhan di Kota Kinabalu, Miri dan Sandakan, apa yg boleh saya katakan adalah OK laaa... sebabnya, kebanyakan makanan di sini mungkin asing bagi saya. Masih merindui juadah berbuka di semenanjung.. nasi kerabu, air kathira, murtabak, akok, tepung pelita, cara berlauk dan lain-lain yg tak tersebut di sini. Pastinya yang paling enak ialah masakan ibu! dan berbuka bersama keluarga tercinta.. tak sabar rasanya menanti hari penerbangan pulang ke Johor untuk hari raya nanti..

Sekadar memenuhi masa terluang.. salam